Kerjaya muzik Guba_Rawantas

Guba dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah berpengalaman selama 13 tahun menyanyi dan menulis sendiri lagunya sejak kecil. Muziknya berentak folk-alternatif. Beliau pada asalnya ke Kuala Lumpur pada 2010 untuk kerjaya lain, namun bakatnya disedari oleh Greenhouse Studio seterusnya beliau dibantu untuk merakamkan beberapa lagu sebelum dikesan oleh pihak Laguna Music.[2]

Guba menerbitkan beberapa single pengenalan menjelang penerbitan album studio solo pertamanya. Single pertamanya ialah lagu berbahasa Inggeris judul "You & Me" telah diterbitkan pada 2011. Lagu-lagu seterusnya ialah "Sunday Morning", "Hilang", "Aku Pergi" dan kolaborasi bersama penyanyi popular Yuna berjudul "You're So Fine"[3] dan bersama pelakon Diana Danielle menerusi lagu "A Beauty Company". Album sulungnya mendapat sentuhan daripada vokalis Seven Collar T-Shirt, Saiful Ridzuan dan juga Jeffrey Little (Prana).[4][5]